Monday 8 August 2011

saya takut akan kiamat kecil(alam kubur) dan kiamat besar(hari akhirat)



perkara-perkara sebegini membuatkan saya hendak berubah
        Tanda-tanda besar
  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog)memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama
        Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalamSahih MuslimSahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
  • Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
  • Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
  • Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-
  • Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
  • Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-hadis bawah-
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-
  • Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Sahabat

Add caption
Sebenarnya nilai persahabatan merupakan satu nilai yang tinggi. Disebabkan itu, seorang yang menghargai nilai persahabatan itu memandang sahabatnya sebagai tempat untuk menyatakan segala-galanya, dan sahabatnya itu sebagai tempat untuk berkongsi masalah. Bagi saya, persahabatan itu tidak mengira umur, pangkat dan darjat mahupun jantina. Jadi seseorang itu boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yang dia mahu kerana seperti kata-kata yang dipetik oleh teman saya, ”itu adalah hak asasi manusia”. Perlu diketahui juga apakah tujuan seseorang untuk bersahabat, adakah untuk suka-suka mengisi masa lapang atau untuk menimba ilmu dari sahabat itu kerana bak kata pepatah ”carilah ilmu sampai ke Negara China sekalipun”. Jadi ilmu itu boleh didapati di mana-mana bukan sahaja dari buku atau dalam bentuk tulisan, tetapi dari isi percakapan daripada seorang sahabat juga terkandung ilmu tersebut. Kembali pada tujuan dalam mencari sahabat, berkemungkinan seseorang mencari sahabat demi mencari jodoh dan kemudian membuat pilihan hati antara sahabat-sahabatnya. Ataupun, ”sambil menyelam minum air”, seseorang punya banyak tujuan untuk mencari sahabat atau memang mencari sahabat itu sudah menjadi kewajipan bagi setiap manusia di alam semesta ini. Kerana itu, tidaklah kita menjadi seperti ”katak di bawah tempurung” yang hanya bersendirian dan tidak bersosial kerana manusia saling memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan hidup mereka seperti seorang manusia yang normal.

Maka timbullah persoalan bagaimana jika perasaan dari seorang sahabat bertukar menjadi kekasih. Kita tidak perlu sebarang alasan untuk mengulas bagaimana perasaan sebegitu boleh terjadi kerana perasaan seorang manusia itu tersangat halus, tidak mudah ditafsirkan dengan kata-kata. Ya, memang benar dalam bersahabat, lelaki dan perempuan, ada kecenderungan untuk mereka saling jatuh cinta . Saya percaya ini berlaku secara semulajadi yang diwarisi dari adam dan hawa. Jadi, tidak sukar untuk menukar perasaan daripada sahabat kepada perasaan sayang terhadap kekasih. Tidak dapat dinafikan bahawa bersahabat terkandung seribu satu manfaat. Tetapi jika salah memilih sahabat, mungkin kita akan terpesong dari landasan dan niat yang sebenar dalam mencari sahabat itu tadi.

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan dari kekurangnnya apabila seorang sahabat menjadi kekasih. Kelebihan yang saya fikirkan ialah masing-masing antara mereka pasti sudah mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tambahan, segala perilaku, tindak tanduk dan sikap sahabatnya sudah difahami dan dikenali. Mungkin, tanpa disedari dirinya sudah bertemu dengan wanita yang mampu memahami dirinya. Jadi, sedikit demi sedikit perasaannya berubah daripada sahabat bertukar kekasih. Tetapi, kekurangan yang paling utama pula, bila hubungan tersebut terputus di tengah jalan, seorang lelaki itu bukan sahaja kehilangan kekasih tetapi berkemungkinan juga hilang sahabatnya tidak kiralah baharu sahaja berkenalan atau teman lama.

Jadi, setiap individu yang inginkan persahabatan yang positif haruslah juga menerima takdir dengan fikiran dan akal yang positif. Justeru, tidaklah pula terjadinya kehilangan sahabat jika cintanya terhadap sahabat itu tadi tidak kesampaian. Bak kata pepatah ”kawan biar seribu, kasih biar satu”. Maka dengan itu, sahabat harus diterima walau apa sahaja yang sudah berlaku di antara mereka.

Saturday 9 July 2011

Peribahasa

Mari Mengenal Peribahasa Melayu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Orang banyak berkata Bahasa Melayu itu bahasa yang Indah. Pada waktu itu saya tidak nampak di mana indahnya Bahasa Melayu itu walaupun Bahasa Melayu itu bahasa ibunda saya. Satu hari saya ke kedai buku (saya memang ulat buku :)) saya terjumpa sebuah kamus Peribahasa Melayu. Bila saya membaca satu dua peribahasa yang ada di dalamnya, barulah saya menyedari di mana indahnya Bahasa Melayu itu dan saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Ini hanyalah sumbangan kecil dari saya untuk Bahasa Ibunda saya yang semakin dilupai.
CONTENTS AT A GLANCE
Peribahasa 1 Peribahasa 2 Peribahasa 3 Peribahasa 4 Peribahasa 5 Peribahasa 6
More
Peribahasa 1
ADAKAH AIR YANG PENUH DI DALAM TONG ITU BERKOCAK, MELAINKAN AIR YANG SETENGAH TONG ITU JUGA YANG BERKOCAK?
Tong ialah sebuah bekas yang biasanya besar dan berbentuk selinder yang kebiasaannya digunakan untuk mengisi air. Sekiranya tong itu penuh dengan air, sudah tentulah air di dalam tong itu tidak berkocak. Namun, sekiranya setengah sahaja tong berisi air sudah tentulah air itu akan berkocak akibat goncangan yang kuat.

Maksud peribahasa ini ialah orang yang tidak berilmu juga yang banyak bercakap.

Maka hati-hati bila bercakap. Prof. Dr. Hamka pernah berkata kalau kita hendak lihat tahap pemikiran seseorang itu, lihatlah cara dia bercakap.
Peribahasa 2
ADAKAH DARI TELAGA YANG JERNIH ITU MENGALIR AIR YANG KERUH?
Kalau sudah perigi itu menghasilkan air yang jernih, sudah tentulah air yang mengalir keluar juga jernih. Memang tidak munasabah jika dari telaga yang jernih mengalir air yang keruh.

Maksudnya ialah mana mungkin orang yang berpendidikan melakukan perkara-perkara keji atau mengeluarkan kata-kata kotor....

Ingat!!! Ilmu didikan hati bukan didikan otak.
Peribahasa 3
AIR DI CUCURAN ATAP, JATUHNYA DI PELIMBAHAN JUGA
Air hujan yang jatuh di bumbung rumah akan mengalir di cucuran atap terlebih dahulu. Air ini adalah bersih kerana berada di tempat yang tinggi. Namun, akhirnya jatuh juga di longkang (pelimbahan) yang mana kotor sebagaimana air yang lain juga.

Maksudnya seorang anak walaupun dilahirkan bersih, semakin lama ia akan mengikut perilaku ibu bapa atau asal keturunannya.

Jangan biar air jatuh di pelimbahan tetapi jatuh di takungan simpan. Guna didikan agama.
Peribahasa 4
AIR TAWAR SECAWAN DITUANG KE LAUT, TAKKAN DAPAT MENGHILANGKAN RASA MASINNYA.
Di mana ada air tawar secawan boleh mendatangkan kesan ke atas air laut? Kemasinan air laut itu tentu tidak terjejas.

Maksudnya pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban yang besar.

Secara logiknya memang sedikit dan tidak mampu pun untuk meringankan beban yang besar. Tapi, begitulah caranya orang Melayu dahulu menyatakan keikhlasannya melalui kiasan peribahasa ini. Walaupun pertolongan kecil dan tidak memberikan kesan. Namun ia tetap juga dihargai.
Peribahasa 5
NAIK MEMBILANG ANAK TANGGA, TURUN SELANGKAH JEJAKLAH BUMI
Masa memainkan peranan dalam hidup. Begitulah juga saya. Minta maaf kerana lambat mengemaskini lens ini. Saya akan cuba untuk mengemaskini lens ini pada setiap minggu.

Naik membilang anak tangga. Apa maksudnya? Cuba bayangkan bila kita naik tangga, kita selalu mengira anak tangga. Sebab apa? Sebab kita tahu naik tangga itu penat. Ambil masa nak sampai ke atas. Tapi .....bila turun sekejap saja bukan?

Maksud peribahasa 'Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah bumi' ialah untuk memperolehi kejayaan selalunya memang lambat, tetapi apabila hendak jatuh mudah sekali. Malangnya dalam kehidupan biasanya bila kita jatuh, barulah kita tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Sebab itu, jatuh itupun nikmat dari Allah s.w.t. Dari situlah kita bermuhasabah diri. Ingat! Sentiasa berusaha dahulu, barulah kita berserah kepadaNya.

Bagi mereka yang cuba mengecap kejayaan, berhati-hatilah dan semoga berjaya!
Peribahasa 6
BARU HENDAK BERTUNAS SUDAH DIPETIK, LAMA-LAMA MATILAH POKOKNYA
Kalau pokok yang bertunas atau baru berpucuk muda dipetik lama kelamaan pokok yang baru nak hidup itu akan mati juga akhirnya.

Kebanyakkan ahli perniagaan kita mengikut adat resam yang inilah. Belum siap projek dapat bayaran separuh dan beli kereta besar dan sebagainya. Akhirnya projek tak siap.
Peribahasa 7
SAYANG ANAK SEPANJANG PENGGAL, SAYANG ORANG TUA SEPANJANG JALAN
Salam..sudah agak lama juga tidak ke sini untuk updatekan lens. Minta maaf kerana agak sibuk dengan pengajian.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah-kisah ibu atau bapa ditinggalkan oleh anak mereka sendiri hanya kerana hasutan isteri dan pelbagai sebab lain lagi. Ada satu peribahasa melayu yang memperkatakan tentang peristiwa ini.

SAYANG ANAK SEPANJANG PENGGAL, SAYANG ORANG TUA SEPANJANG JALAN

Sayang anak kepada ibubapanya hanyalah sepenggal iaitu ada hadnya. Apabila ibu bapa sudah tidak mempunyai apa-apa ataupun sudah tua, maka hilanglah sayang anak kepadanya. Sedangkan sayang ibu dan bapa kepada anaknya adalah sepanjang jalan atau tanpa batasan.

Maka..hormati dan sayangi ibu bapa anda. Sementara mereka masih ada, lakukan apa yang sepatutnya. Saya percaya apabila mereka sudah tiada esok...barulah kita mengerti siapakah ibu dan bapa kita. Apa yang penting JANGAN kita lakukan kepada ibu bapa kita, nescaya esok anak kita akan melakukan perkara yang SAMA!!
Peribahasa 8
JANGAN DITENTANG MATAHARI CONDONG, TAKUT TERTURUT JALAN TAK BERINTIS
Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan satu cerita lama sebenarnya iaitu pembuangan bayi. Nampak gayanya masalah sosial di kalangan masyarakat kita semakin meruncing. Kerajaan pun telah menjalankan tanggungjawabnya untuk menyelamatkan bayi-bayi ini. Namun begitu, punca kepada masalah ini tidak berapa diambil berat. Apakah puncanya? Puncanya ialah pergaulan remaja tanpa batasan.

Pergaulan dan keseronokan yang dialami oleh para remaja masa kini yang tidak mempunyai jati diri dan dangkal akal terutamanya si gadis. Bila bala berlaku yang menanggungnya hanyalah si gadis. Dengan akal yang dangkal, maka timbullah penyelesaian mudah.

Maka saya menyeru sesiapa yang terbaca tulisan ini, sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain. Para gadis saya nasihatkan

JANGAN DITENTANG MATAHARI CONDONG, TAKUT TERTURUT JALAN TAK BERINTIS

Maksudnya

Hendaklah selalu beringat dan berhati-hati, jangan terpedaya oleh sesuatu yang elok dan baik rupanya.

Berhati-hatilah. Rapatkan diri kamu dengan Allah. Jangan amalkan 'free sex' (zina) kerana bila sudah mengandung barulah kita tahu sex itu 'free' atau tidak.
Peribahasa 9
MALANG TAK BOLEH DITOLAK, MUJUR TAK BOLEH DIRAIH
Pada penghujung bulan April 2010 yang lalu, sekali lagi negara kita digemparkan dengan kisah seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Shah Alam. Semua orang tahu cerita ini dan berbagai spekulasi yang timbul tentang siapakah yang bersalah. Namun begitu, kita bukan hendak membincangkan siapakah yang bersalah di sini tetapi apakah pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa tersebut.

Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini sesuai dengan peribahasa yang telah dibuat oleh orang-orang Melayu dahulu iaitu

MALANG TAK BOLEH DITOLAK, MUJUR TAK BOLEH DIRAIH.

Maksudnya : Nasib buruk tidak dapat dielakkan dan nasib yang baik tidak dapat dicari-cari

Malang atau nasib buruk tidak dapat ditolak sekiranya menimpa ke atas kita. Manakala nasib yang baik pula tidak dapat dicari-cari. Kedua-duanya datang secara kebetulan dan kita hanya menerimanya. Kalau dari sudut agama , ia dipanggil Qada' dan Qadar dan kita perlu meredhainya.

Buat keluarga yang terlibat ucapan takziah diiringi.
Peribahasa 10
MAHUKAH ORANG MENGHUJANKAN GARAMNYA?
(sambungan dari Peribahasa 9)

Selepas berlakunya peristiwa ini, tampil keluarga mangsa, menafikan tuduhan-tuduhan seperti yang telah dinyatakan di dalam akhbar. Ini bukanlah satu perkara yang menghairankan kerana

MAHUKAH ORANG MENGHUJANKAN GARAMNYA?

Maksudnya: Tidak ada orang yang mahu menghina atau menyusahkan keluarga sendiri..

Garam adalah sejenis pepejal yang mudah cair jika terkena air. Kita tahu bahawa garam mempunyai sejenis zat yang baik. Oleh itu tidak ada orang yang sengaja mahu menghujankan atau membiarkan garamnya cair.

Memang sudah menjadi tabiat manusia, sekiranya berlaku perkara seperti ini, pihak keluarga akan mempertahankan ahli-ahlinya.
Peribahasa 11
MENARI TAK PANDAI, DIKATAKAN LANTAI YANG TERJUNGKIT
(sambungan dari Peribahasa 10)

Apabila kejadian ini berlaku dan setelah disedari kesilapan telah dibuat, satu tuduhan telah dibuat oleh satu pihak yang mengatakan mangsa adalah penjenayah. Walaupun kita tidak tahu kebenarannya dan apakah yang sebenarnya telah dilakukan oleh remaja tersebut, sikap seperti ini seolah-olah seperti

MENARI TAK PANDAI, DIKATAKAN LANTAI YANG TERJUNGKIT

Maksudnya : Menyalahkan sesuatu perkara atau orang lain atas kesalahan kesilapan atau kesalahan sendiri.

Sesuatu yang pasti, mengakulah jika kita membawa kesilapan kerana kejayaan datang dari pengalaman, pengalaman datang dari kesilapan.

Tetapi jangan terus melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Itu dungu namanya.
Peribahasa 12
CIUM TAPAK TANGAN, BERBAUKAH ATAU TIDAK?
(sambungan dari Peribahasa 11)

Akhirnya, pengajaran yang dapat kita ambil dari peristiwa ini ialah

CIUM TAPAK TANGAN, BERBAUKAH ATAU TIDAK?

Maksudnya: Lihatlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengatakan orang lain.

Tapak tangan tidak akan mengeluarkan apa-apa bau. Ia hanya akan berbau sekiranya kita memegang sesuatu yang berbau. Jika terbau sesuatu, hendaklah mencium tangan sendiri dahulu sebelum menuduh orang lain, mungkin tangan sendiri yang membawa bau tersebut.

Berbagai cerita dan anggapan yang kita dengar dari rakan-rakan kita dan orang ramai. Masing-masing ada anggapan dan versi yang tersendiri tentang peristiwa tersebut. Namun begitu, itu semua adalah anggapan sahaja yang tidak berdasarkan kepada fakta sebenar yang berlaku. Maka jangan mengata. Lihatlah diri sendiri. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Kita sebagai manusia hanya dapat mengambil satu pengajaran sahaja iaitu Allah sahajalah Yang Maha Berkuasa. Berdoalah agar perkara seperti ini tidak menimpa ke atas kita dan keluarga kita.

SELAMAT HARI IBU.
Peribahasa 13
LUKA TELAH SEMBUH, PARUTNYA TINGGAL JUGA
Sewaktu saya berumur 12 tahun, saya telah mengalami satu kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan parah pada tangan kanan. Oleh sebab kecederaan tersebut, tangan saya telah dibedah di 2 bahagian hingga meninggalkan kesan parut pembedahan sebanyak 24 jahitan. Saya masih ingat Allahyarham bapa saya berkata kepada saya pada waktu itu, "Tangan kau tidak akan sama lagi selepas ini". Memang benar, selepas sembuh tangan saya sedikit bengkok dari sebelumnya dan kekal sehingga kini. Pada hari ini, setiap kali saya melihat parut di tangan kanan ini, saya teringat semula kemalangan tersebut dan kata-kata Allahyarham bapa saya itu.

Meskipun luka telah sembuh, parut atau kesannya masih ada pada badan.

Begitu juga di dalam kehidupan. Kita juga akan mengalami luka dan selalunya akan meninggalkan parut. Sebagai contoh, hampir setiap dari kita pernah mengalami perselisihan faham dengan seseorang. Tidak kiralah dengan siapa pun sama ada dengan ahli keluarga ataupun sahabat handai. Kita ambil contoh sahabat baik. Bila kita berselisih faham dengan sahabat baik, sudah tentu hati kedua belah pihak akan terguris. Namun apabila hujan telah teduh dan mentari menyerlahkan sinarnya, yang keruh dibuang, yang jernih diambil, yang kusut telah terungkai dan persahabatan bertaut semula, kedua pihak akan berbaik dan saling cuba melupakan perselisihan yang terjadi serta kemesraan yang sebelum ini terjalin diharap akan kembali semula. Namun kemesraan yang diharapkan itu tidak hadir di dalam hati.. Mengapa tidak? Jawapannya ialah kerana parut perselisihan faham itu masih lagi terbekas di dalam hati. Setiap kali berlaku perselisihan ini, kemesraan persahabatan kita dengan seseorang itu akan membuka dimensi baru yang sama sekali tidak akan sama dengan sebelumnya. Semuanya disebabkan oleh parut yang membekas di dalam hati dan emosi.. Teringat kata-kata bapa saya, "Tangan kau tidak akan sama lagi selepas ini"

Walaupun telah berbaik-baik, tetapi pertelingkahan lama masih tersimpan di hati.

Bagaimana kita mahu meinghilangkan parut di hati? Tidak lain ialah memberikan keikhlasan kita sepenuhnya kepada sahabat kita di antara satu sama lain sebagaimana yang diajar oleh agama. Untuk membolehkan kita menerima pemberian, kita haruslah memberi terlebih dahulu. Jika kita ingin menerima kebaikan, ianya mestilah dengan kita yang memberikan kebaikan kepada orang lain. Keikhlasan menjadi tunjang kepada kebaikan tersebut. Semoga usaha-usaha kita diredhai oleh Allah s.w.t.

Demikianlah indahnya Bahasa Melayu menggambarkan emosi yang terluka melalui peribahasa.. Apabila direnungkan dengan lebih mendalam, Bahasa Melayu memang satu bahasa yang rapat dengan jiwa kita. Jiwa Kehidupan.
Peribahasa 14
BELUM BETUL MEMBILANG JARI, SUDAH HENDAK BERKUASA SENDIRI
Sejak kebelakangan ini, seringkali kita lihat di dada-dada akhbar tentang kemalangan yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur yang menunggang motosikal. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan jalanraya di Terengganu yang melibatkan dua kanak-kanak berumur 14 tahun yang menunggang dan membonceng motosikal yang terjatuh dan digelek oleh sebuah kereta Kancil dari arah yang bertentangan. Kedua-dua remaja tersebut mati serta-merta di tempat kejadian.

Kita telah ketahui bahawa had umur untuk pemegang lesen memandu ialah paling kurang berumur 17 tahun tetapi banyak kita lihat di atas jalanraya, kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan yang berumur di sekitar 10-15 tahun menunggang motosikal. Sudahlah di bawah umur, faktor keselamatan langsung tidak diambil kira.

Ini sebenarnya adalah satu perkembangan yang tidak sihat. Apabila berlaku kemalangan yang melibatkan kanak-kanak ini, tiada sesiapa yang dapat disalahkan melainkan ibubapa mereka sendiri. Sepatutnya ibubapa menegah anak-anak ini dari melakukan perkara tersebut. Ibubapa seharusnya mengajarkan anak-anak menjadi 'gentleman'. Ajar anak-anak ini mengikut kesesuaian umur mereka. Bukan menurutkan sahaja kemahuan mereka. Hasilnya, mentaliti anak=anak tersebut menjadi seperti...

BELUM BETUL MEMBILANG JARI, SUDAH HENDAK BERKUASA SENDIRI.

Maksudnya: hendak berlagak seperti orang dewasa.

Kesimpulannya, ibubapa ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku. Mendidik anak bukan dengan cara memanjakan mereka. Bukan dengan cara menuruti kehendak mereka tetapi memberitahu kepada mereka apa yang boleh dan apa yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka. Kenalkan mereka dengan batas-batas kehidupan yang sepatutnya mereka lalui sebagaimana yang sesuai dengan tuntutan agama. Semoga tidak ada lagi di kalangan anak-anak kita yang "belum betul membilang jarinya, sudah hendak berkuasa sendiri"

Tuesday 8 March 2011

Persahabatan Atau Pun Kekasih

Aku masih mencari kedua-dua maksud dari pekataan tersebut.Aku just mahukan kepastian sama ada kedua-duanya penting atau pun ada perkara yang lebih penting berbanding dua perkara ini.Pada satu masa tu,aku cuba mencari kepentingan kedua-dua perkara ini,mengikut persepsi aku sendiri.Aku cuba cari alternatif lain,dengan bertanya pendapat orang ramai,sahabat handai,dan rakan serumah.Tapi jawapan semuanya hampir serupa.Majoriti mengatakan kedua-dua perkara sama penting,tapi aku memerlukan kepastian yang mana perlu di utamakan dan lebih penting.Sebelum ini aku tidak pernah terfikir pun akan keluar persoalan yang begitu sukar seperti ini.Terima kasih kepada pensyarah aku,kerana merrealisasikan soalan cepu emas ini.aku harap aku akan memperoleh jawapan yang paling relevan dan rasional masa depan kelak untuk kepentingan diri aku dan orang lain.

Thursday 3 March 2011

Assalamualaikum

Terima kasih kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan kepada saya merealisasikan impian saya untuk mengadakan blog ini untuk kepentingan diri saya dan oarng lain.tidak lupa juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada housemate saya iaitu Muhammad Syazril(zizan)kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membuat blog ini..TERIMA KASIH!!!TERIMA KASIH!!!TERIMA KASIH!!!