Monday 8 August 2011

saya takut akan kiamat kecil(alam kubur) dan kiamat besar(hari akhirat)



perkara-perkara sebegini membuatkan saya hendak berubah
        Tanda-tanda besar
  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah(sudan-etophia-eriteria.)laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi,(bom nuklear)sekali di timur(Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog)memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama
        Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalamSahih MuslimSahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
  • Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
  • Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
  • Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
-hadis bawah-
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-
  • Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
  • Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-hadis bawah-
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-
  • Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.

Sahabat

Add caption
Sebenarnya nilai persahabatan merupakan satu nilai yang tinggi. Disebabkan itu, seorang yang menghargai nilai persahabatan itu memandang sahabatnya sebagai tempat untuk menyatakan segala-galanya, dan sahabatnya itu sebagai tempat untuk berkongsi masalah. Bagi saya, persahabatan itu tidak mengira umur, pangkat dan darjat mahupun jantina. Jadi seseorang itu boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yang dia mahu kerana seperti kata-kata yang dipetik oleh teman saya, ”itu adalah hak asasi manusia”. Perlu diketahui juga apakah tujuan seseorang untuk bersahabat, adakah untuk suka-suka mengisi masa lapang atau untuk menimba ilmu dari sahabat itu kerana bak kata pepatah ”carilah ilmu sampai ke Negara China sekalipun”. Jadi ilmu itu boleh didapati di mana-mana bukan sahaja dari buku atau dalam bentuk tulisan, tetapi dari isi percakapan daripada seorang sahabat juga terkandung ilmu tersebut. Kembali pada tujuan dalam mencari sahabat, berkemungkinan seseorang mencari sahabat demi mencari jodoh dan kemudian membuat pilihan hati antara sahabat-sahabatnya. Ataupun, ”sambil menyelam minum air”, seseorang punya banyak tujuan untuk mencari sahabat atau memang mencari sahabat itu sudah menjadi kewajipan bagi setiap manusia di alam semesta ini. Kerana itu, tidaklah kita menjadi seperti ”katak di bawah tempurung” yang hanya bersendirian dan tidak bersosial kerana manusia saling memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan hidup mereka seperti seorang manusia yang normal.

Maka timbullah persoalan bagaimana jika perasaan dari seorang sahabat bertukar menjadi kekasih. Kita tidak perlu sebarang alasan untuk mengulas bagaimana perasaan sebegitu boleh terjadi kerana perasaan seorang manusia itu tersangat halus, tidak mudah ditafsirkan dengan kata-kata. Ya, memang benar dalam bersahabat, lelaki dan perempuan, ada kecenderungan untuk mereka saling jatuh cinta . Saya percaya ini berlaku secara semulajadi yang diwarisi dari adam dan hawa. Jadi, tidak sukar untuk menukar perasaan daripada sahabat kepada perasaan sayang terhadap kekasih. Tidak dapat dinafikan bahawa bersahabat terkandung seribu satu manfaat. Tetapi jika salah memilih sahabat, mungkin kita akan terpesong dari landasan dan niat yang sebenar dalam mencari sahabat itu tadi.

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan dari kekurangnnya apabila seorang sahabat menjadi kekasih. Kelebihan yang saya fikirkan ialah masing-masing antara mereka pasti sudah mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tambahan, segala perilaku, tindak tanduk dan sikap sahabatnya sudah difahami dan dikenali. Mungkin, tanpa disedari dirinya sudah bertemu dengan wanita yang mampu memahami dirinya. Jadi, sedikit demi sedikit perasaannya berubah daripada sahabat bertukar kekasih. Tetapi, kekurangan yang paling utama pula, bila hubungan tersebut terputus di tengah jalan, seorang lelaki itu bukan sahaja kehilangan kekasih tetapi berkemungkinan juga hilang sahabatnya tidak kiralah baharu sahaja berkenalan atau teman lama.

Jadi, setiap individu yang inginkan persahabatan yang positif haruslah juga menerima takdir dengan fikiran dan akal yang positif. Justeru, tidaklah pula terjadinya kehilangan sahabat jika cintanya terhadap sahabat itu tadi tidak kesampaian. Bak kata pepatah ”kawan biar seribu, kasih biar satu”. Maka dengan itu, sahabat harus diterima walau apa sahaja yang sudah berlaku di antara mereka.